Sunday 16 October 2011

MENGENAL TINGKAHLAKU BERMASALAH DAN KESANNYA

Secara umumnya, tinghkahlaku bermasalah dibahagikan kepada dua iaitu:

1.  Tingkahlaku Bermasalah Positif
2.
  Tingkahlaku Bermasalah Negatif.

Tingkahlaku Bermasalah Positif :-
Tingkahlaku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak secara berlebihan. Contohnya sifat ingin tahu yang berlebihan boleh menimbulkan perasaan kurang senang orang lain dan boleh dianggap sebagai menggangu.

Tingkahlaku Bermasalah Negatif :-
1.
  Tingkahlaku mengganggu ( disruptif)

2.
  Pergantungan berlebihan ( tidak dapat berdikari dan
        membuat keputusan sendiri.

  3.  Aggresif - suka mencari gaduh, bertengkar dll.

 
 4.  Suka merosakkan harta benda ( destruktif )

 
 5.  Bimbang tidak bertempat.

 
 6.  Pengasingan diri.

 
 7.  Ponteng kelas atau ponteng sekolah.

 
 8.  Mencuri


Kesan Tingkahlaku Bermasalah Terhadap Pembelajaran :-

 
 1.  Tidak memberi tumpuan semasa guru mengajar.

 
 2.  Mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran

 
 3.  Sukar memahami pengajaran guru.

 
 4.  Tidak menyiapkan tugasan yang diberi.

 
 5.  Enggan bekerjasama dengan rakan lain.

PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Menurut Kamus Dewan, perkataan “pulih” bermaksud “kembali seperti biasa” atau “sembuh”, tetapi pemulihan dalam konteks pendidikan boleh diertikan sebagai “sesuatu usaha untuk membaiki kekurangan” atau boleh juga didefinisikan sebagai “satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan pelajar yang mengalami kesusahan pembelajaran”.


KONSEP PEMULIHAN

Pendidikan yang diberikan kepada pelajar yang gagal di peringkat bilik darjah kerana tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya mereka yang tidak bermasalah.
Koh Boh Boon (1982 :2)

- Pemulihan adalah lebih terbatas yang lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid lambat, iaitu mereka yang lembab (lambat mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak lain). 


Prinsip-Prinsip Pendidikan Pemulihan


-  Mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat penilaian  awal ke atas mereka.
-  Pendekatan secara individu,misalnya mengadakan kelas khas yang kecil.
-  Kurikulum yang diubahsuaikan.
-  Dalam mengajar sesuatu item,kita hendaklah menegaskan luasnya dan bukan  perinciannya.
-  Ketepikan isi-isi pelajaran yang tidak berfaedah.
-  Mudahkan gerak kerja supaya murid dapat membuatnya dan mendapat kepuasan.
-  Kurangkan masa untuk aktiviti yang lain supaya murid yang lemah dapat diberi perhatian.
-  Gunakan banyak latih tubi dan tunjuk cara. 


Pelaksanaan Program Pemulihan

1. Mengenal pasti murid yang memerlukan program pemulihan dengan cara memerhati atau membuat ujian saringan.
.
.
.

2.  Mencari punca kelemahan murid dalam bidang kemahiran yang berkenaan dengan cara memerhati atau membuat ujian diagnostik. 
.
.
.
3. Merangcang dan menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai bagi pemulihan untuk murid.
.
.
.
4. Menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan dan daya penyerapan murid. 
.
.
.
5.  Jika murid yang menyertai program pemulihan itu berjaya menguasai kemahiran yang dikehendaki,murid itu harus ditempatkan dalam kumpulan yang sesuai. 
.
.
.
6. Selepas program pemulihan guru harus juga memberi aktiviti sokongan dengan tujuan mengukuhkan kemahiran yang dikuasai serta membina keyakinan murid.


Peranan Guru Biasa Dalam Perlaksanaan Pemulihan Kelas Biasa.

1.  Perbincangan berkenaan pendidikan pemulihan dalam bahagian ini adalah ditumpukan pada peranan guru biasa. Guru biasa hanya menerima latihan yang terhad dalam teori dan amali pendidikan pemulihan.

2.  Oleh itu guru biasa ini hanya dapat mengendalikan kes-kes yang ringan sahaja. Kes-kes yang lebih serius dalam masalah pembalajaran hendaklah dikendalikan oleh guru pemulihan khas yang telah menghadiri kursus pendidikan pemulihan khas.



 
Copyright 2009 Nor Amiza Harun.